Adventist Online

Dunia sudah berubah..kalu dulu2 time ibubapa o nenekmoyang kita apabila hendak berkahwin or bercouple haruslah memilih sesama ADVENTIST sahaja..Tetapi skrg kita tgok sekeliling agak ramai jgk adventist berkahwin kristian Chatolic/SPG/Sidang Borneo/dsbgaiya-berlainan mezbah..Adakah tidak salah kerana kita/mereka semua juga umat kristian....apa pendapat anda?

Views: 199

Replies to This Discussion

Terbuka kepada yang belum/sudah berkahwin utk menyuarakan pendapat..Minta maaf jika discussion on sensitif bagi sesetengah pihak..Amen..
hmmmmmm ......... soalan sensitif ......... ada sudut +ve dan -ve, mungkin salah, mungkin tidak salah,
partner (bukan Adventist) elok/seharusnya/mesti dibimbing ke arah pengajaran Adventist ... tapi tindakan tidak semudah ungkapan kata-kata, banyak CABARAN/HALANGAN/RISIKO-nya ... kuatkan iman sendiri baru boleh bimbing orang lain to learn the truth ... God bless!
Betul tu...Kata-kata x semudah dengan tindakan kita..Jika partner/suami/istri bukan Adventist,memang perlukan pengertian semua pihak...
Kalu mcm tu kan...bila suda bkn kristian couple kita,mcm mana kita nak menguatkan IMAN kita di kalangan ahli famili lebih lebih lagi suami sendiri pun bkn kristian??Kdg2 bila suda berlainan pengertian ini buleh mendorong ke arah persengketaan...bukan ka begitu?Saudari Chrystine..buleh kasi share experience kah mcm mana saudari mempertahankan IMAN itu?...kerana di dlm famili sya sendiri suda byk ipar2 sya yg bkn kristian/sesama adventist?....suami ke church lain si istri ke church lain??mcm mana bah tue?
hmmm...sgt mencabar jgk la kan kehidupan sebegitu..Memang kena kuatkan IMAN dan kesabaran...
Sya akan doakan saudari Chrytine agar segalanya dpt diharungi dgn kesabaran yang kukuh tanpa mengugat hubungan sesama suami istri kalian okay...
Saudari Rene n Chrys suda pn kemukakan pdpt masing2...ini yg dr pihak suda ada partner trmasuk sya heee...so apa kata kwn2 yg lain??we want to hear from our brothers too..Anybody else...

" Janganlah kamu merupakan pasanagan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?"

2 Korintus 6:14

Perkahwinan Campur...

Dahulunya saya adalah RC dan telah berjumpa dgn Hubby saya iaitu seorg SDA.

Saya sangat tdk dpt menerima cara2 dan kebaktian SDA, namun saya cuba bertahan kerana ingin mengambil hati suami saya.

Sehinggalah satu hari saya menyertai Pelajaran Alkitab dan mendapati sangat menarik.

Kerana setipa jawapan itu adalah dari Alkitab.

Syukur akhirnya saya telah jatuh cinta dgn Tuhan dan Alkitab.

Saya dibaptiskan akhirnya dan bukan kerana suami saya tetapi Tuhan...

Saya juga melihat kesabaran dan contoh yg baik dari hubby saya pd masa itu adalah bf saya.

Tidak salah namun kita sendiri harus menunjukan cara yg baik dan benar.

Ada risikonya samada kita yg ditarik atau dia yg ditarik?

Kuatkan iman dan selalu letak Tuhan yg pertama.

Berdoalah dan Yesus menjadi tauladan kita utk menarik jiwa2 diluar sana.

Tuhan memberkati

Ramai penganut RC sudah mengikuti ajaran SDA.. syukur dan puji Tuhan kedua Ibu bapa mertua saya pun sudah memanjat azam untuk kembali ke gereja dan bakal dibaptiskan bulan depan. Adik ipar dan bakal isterinya pun turut dimandikan dan menjadi sebahagian daripada kita. Kehadiran saya dalam keluarga baru ini cukup bermakna buat mereka dan juga saya dan suami sebab telah membuka hati mereka.

Amen atas segala berkat dan kasih berlimpahan yang Tuhan Yesus telah berikan kepada umat-umat yang sungguh merindukan-Nya.

RSS

Site Sponsors

 

Adventist Single?
Meet other Single
Adventists here:
Join Free


USA members:

Support AO by
using this link:
Amazon.com

 

© 2018   Created by Clark P.   Powered by

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service